Tuesday, July 7, 2015

RAMADHAN 1436H

Hari ni dah masuk 20 Ramadhan dah, baru terdetik rasanya nak buat post pasal bulan puasa tahun ni. Alhamdulillah, tahun ni masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan dengan ahli keluarga. Tahun lepas, buat pertama kali berpuasa sebagai perantau (amboi macam lah jauh benor) di Puncak Alam. Almaklumlah, sebelum ni tak pernah duduk asrama. Tapi, puasa tahun lepas best because of my housemates. Time berbuka, kitorang berbuka ramai ramai dekat ruang tamu. Masa bulan puasa lah sebenarnya kitorang jadi lebih rapat. Sebelum tu, balik, makan, semua duduk dalam bilik. Jumpa pun dalam tandas. Alhamdulillah, bulan puasa kitorang makan sama-sama, solat terawih sama-sama dekat surau, gilir-gilir beli air. Cakap pasal air, rindu pulak air mango, tembikai dengan honeydew yang Mak Cik tu jual dalam plastik RM 2. Satu plastik tu boleh share 8 orang kot. Aduh, kering tekak kalau sebut pasal air ni. Sabar, lagi berapa minit nak berbuka.

Puasa kali ni, hambek kau, semua berbuka dekat rumah dengan family. Tapi, tahun ni rasanya kitorang banyak berjimat in terms of juadah berbuka. Air pun tak beli sangat air fancy-fancy. Air tebu pun minum sekali je masa dekat rumah Tok. Mostly, air buat sendiri dan simple simple. Asalkan air sejuk yang boleh menghilangkan lapar dan dahaga. Hari ni Umi buat teh O ais. Semalam bandung. *telan air liur*

Untuk lokasi solat terawih, my favourite place is Masjid Padang Besar, located behind ECM. Idk why tapi suasana dia best. Dia dah start guna masjid baru. Before ni surau je. Dulu pun kitorang sembahyang terawih sana. Best lah masjid tu. Air cond sejuk. Imam baca best. Lighting cerah. Kalau gelap senang rasa mengantuk. Lepas tu sejadah semua wangi. Ada moreh lagi tau. Selalunya ada air dengan kuih-muih. Best best! Tapi boleh ke ada favourite place untuk terawih? Hmmphhh. Boleh lah kan, kalau tempat tu lagi bagi kita khusyuk nak solat.

Pasal baju raya, tahun ni tak ada tema. Dengan ekonomi yang tak berapa nak stabil ni, kitorang decide nak pakai apa yang ada je lah. Ada jubah yang baru sekali je pakai, so Insya Allah nanti den pakai jubah tu je. Tahun ni kena jimat sikit ye! Baju tshirt semua tak beli kot. Baju yang ada pun tak terpakai dan elok elok je lagi. Tak salah kalau nak beli baju baru, but make sure kita mampu. Sebagai anak jangan kita paksa mak ayah kita untuk keluar duit sampai ribu-riban beli baju kita sorang kalau ekonomi diorang tak berapa nak stabil. Kalau ada rezeki lebih, dialu-alukan untuk beli. JANGAN SAMPAI MEMBAZIR! Alhamdulillah, adik-adik den semua lelaki dah bosar panjang dan dah faham konsep berjimat-cermat tu. And being lelaki, they don't really mind about wearing baju lama pun.

Anak-anak semua, sila alert ye dengan masalah ekonomi dalam keluarga kita. Jangan main ikut sesedap nafsu dan  perasaan. Kalau ikut nafsu, memang baju semua takkan pernah cukup. Okay itu saja pesanan. Dah macam tak ada kena-mengena je.

No comments:

Post a Comment