Thursday, June 25, 2015

Short Review: My Boss My Hero

Hehehe, saje je rasa nak buat review. Sementara cuti ni nak manfaatkan masa dengan menulis di blog ini sebanyak mungkin. So, as you can tell from the title, I will be doing a review on a japanese drama yang dikenali sebagai My Boss My Hero. Sebab pertama nak tengok cerita ni sebab ada tengok short clips daripada drama ni, time Makio buat muka sebab tak nak jawab soalan dan lagi satu, video berebut pudding dekat kantin. Kelakor serious videos tu.

CANNOT UNSEE!

Drama Jepun selalunya lagi best compared to drama Korea. Tapi, Korean dramas seem to be more appealing because of the extreme HD quality, good looking casts, and the way they film the duhramas (in my opinion). Japanese dramas make more sense to me dan selalunya drama Jepun sarat dengan nilai-nilai murni that we can actually apply in our daily lives. I don't remember the last time I cried sebab tengok drama Korea because most of them are predictable dan cliche (i like Korean dramas too btw), but I actually shed a tear tengok cerita My Boss My Hero. Walaupun sepatutnya cerita ni cerita lawak, dia ada jugak selitkan nilai friendship. Ada satu episode budak kelas Makio nyanyi lagu Happy Birthday kat dia, masa tu den nangis.


Ada satu watak utama, nama dia Sakurakoji. And yes he's a guy. He looks extremely Jambu. Ingatkan dia heroin yang menyamar sebagai lelaki, rupa-rupanya memang lelaki. Ingatkan drama ni akan menjadi another drama yang cliche di mana perempuan menyamar menjadi lelaki. Den menghembuskan nafas lega bila dapat tau ni betul betul lelaki because I wouldn't watch it if mamat ni sebenarnya perempuan menyamar jadi lelaki, lepas tu jatuh cinta blablabla. Alhamdulillah, director dan script writer tak mengambil jalan mudah.

Look at that extreme jambuness. How is dat even possibru? He called the main guy Makky, instead of Makio.

Yang heroin dia pernah tengok dia berlakon, cerita Code Blue, which is another great Japanese Drama. She's cute and she played the role well. 

U-u-u-me-me-mura.

Cerita ni kalau tengok sehari pun habis, hanya 10 episod. 1 episod tak sampe satu jam kok. Saya kasi 4.5 out of 5. This kind of drama is definitely my cup of tea, drama komedi yang ada pengajaran dan nilai-nilai murni. Pelakon-pelakon pun memainkan watak dengan cukup baik sekali. Just fyi, cerita ni keluar tahun 2006, iaitu 9 tahun yang lalu. So, the quality is not very the HD you know. Unlike the Korean dramas, yang tidak mustahil akan ditayangkan secara 3D tak lama lagi. 

You can watch this drama on dramafire.com or dramanice.tv

Okay tu je lah kot. Tak nak tulis panjang panjang, takut ada kasi spoilers nanti. Drama ni is one of my fav dramas lah. Sangat berbaloi untuk ditonton. No kissing scene, at all, which is a great thing, because a good drama doesn't need such thing to make it good. cEIT, betul ke ayat tu. Hahaha. Sekarang ada dua drama Jepun yang tengah tengok; Nobuta wo produce & Ouran High School Host Club. Nanti rajin den buat lah review, Insya Allah, untuk konang-konangan den pada masa akan datang.

Ciao.




Monday, June 15, 2015

Interview Dentistry dan Pharmacy (UiTM dan UKM)

Assalamualaikum, lama benor tak update. Hehehe, minggu lepas pergi holiday Langkawi. Tapi rasanya lepas ni tak nak dah pergi Langkawi. Maybe kalau ada masa Insya Allah akan buat post pasal trip pergi Langkawi tu.
So, dalam bulan May dan June, saya dah menghadiri dua temuduga iaitu bagi kursus pergigian di UiTM dan Farmasi di UKM. Rasanya kalau nak tulis detail detail semua, esok baru habis tulis kot. HAHAHHAHA (ketawa hambar).


First interview; 24/5/2015. UiTM Kampus Kelantan

Okay ni untuk course dentistry, which isn't my first choice. Kitorang tidur di Hotel Harmoni. Tengok dalam internet macam mehhh je hotel tu. Tapi bila sampai bilik, we were impressed. Bilik simple but the most important thing is; BERSIH! Dah lah bilik besaq. Okay enough with the hotel. So, pagi nak interview tu, sarapan pun tak ada selera. Of course lah, it was my first proper interview. I had no idea what to expect. Sampai sampai je, nampak macam ramai jugak lah orang. Daftar, naik atas, duduk dalam bilik menunggu. Rasanya I was in the 3rd/4th group, which was a good thing, sebab kalau boleh nak balik awal. Time menunggu tu, sempat lah berkenalan dengan groupmates. (It was a group interview. 4 orang per group). Budak groupmates semua nampak macam well-prepared which made me feel even nervous. Diorang pulak semua nampak muka educated and confident. And of course, dentistry was their first choice. Confirm diorang study baeekkk punya. 

Lepas tu, kitorang dipanggil untuk masuk ujian bertulis, colour blind test and wire-bending. Ujian bertulis dengan colour blind tu okay lagi. Dah masuk wire bending, terus fikiran tak tentu hala. Bentuk yang kena bentukkan tu (whut) tak ada lah nampak macam susah. Bila nak pakai benda yang untuk bend wire tu, Ya Allah, susahh. Pakai tangan lagi senang. Nasib baik orang yang jaga tu dia macam tolong tolong kitorang jugak lah. Thank you! Bila masa dah tamat, kena lekatkan wire yang kita bend tu dekat kertas. Seterusnya, tiba lah masa yang dinanti-nantikan, the real interview! Tunggu depan bilik interview. Lepas tu, budak yang group before kitorang keluar dengan muka yang berbunga bunga, I wasn't sure nak feeling happy ke jealous ke apa ke. Happy sebab diorang cakap interviewers semua baik. Tapi jealous, because confirm diorang boleh jawab semua. Kalau tak boleh jawab takkan boleh senyum. Oh, salah sorang budak group before kitorang tu memang familiar sebab dia budak PALAM (ramai lagi budak PALAM, in fact 2 of my groupmates pun budak PALAM). Tapi yang budak perempuan tu cantik lah, selalu perasan dia. Dah lah selalu senyum. (Okay kenapa cakap pasal perempuan tu?) Tak lah saja je, sebab nak appreciate kecantikan seseorang. 

Time masuk tu, okay Alhamdulillah lah tak ada lah berdebar sangat. Tapi I made a HUGE mistake sbb tak letak salinan sijil semua benda tu dalam fail. Just, pakai paper clip dan nampak sangat tak organised. Masa letak atas meja, interviewers tu dah macam pelik dah sebab orang lain semua pakai fail. Tak pelah, belajar dari kesilapan ye. Lepas tu kitorang duduk. Dia suruh perkenalkan diri. Interview tu semua pakai bahasa Inggeris. HAHAHA macam MUET pulak rasa. But, I think I didn't do a great job sebab inteviewer tu tak ingat jawapan saya sedang kan jawapan orang lain semua dia ingat. 


Dah lah tu. Tawakkal dan redha je lah. Lawak jugak kalau jadi dentist sebab gigi sendiri pun hmmpphh.

Second interview; 1/6/2015. PPUKM, Cheras

Masa malam sebelum interview tu, memang tengok video kat youtube pasal interview and pharmacy. Rasanya tengok video agak berkesan sebab kurang mengantuk dan kita boleh tengok cara percakapan diorang. Interview tu petang, tapi kitorang keluar dari rumah Pak Tam dalam pukul 2.30 sebab takut jammed dan tak tau jalan. Mak Cik Linda drive kereta Mak Tam. Gebu pun ikut sekali. Mula tu pakai google maps tapi macam tak berkesan. Boleh pulak sesat. Tapi tak ada lah sesat teruk punya. Nak pakai Waze pun tak reti. Alhamdulillah, dengan sedikit bantuan daripada google maps, jumpa lah jugak PPUKM, Cheras. Memang nampak macam gah lah tempat dia. Bangunan yang interview tu baru lagi. Masuk daftar, sign, isi borang, tunggu giliran. Memang nampak quite ramai Chinese and Indians. Maklumlah, sebelum ni interview UiTM, semua bumiputera. Semestinya saingan kat sini lagi sengit. 

Duduk tak sampai 10 minit, dia panggil nama beberapa orang, including me. Dia bawak naik tingkat empat. Naik lift dia, I was quite fascinated. Cantik gila, macam lift hotel. Jauh beza dengan lift FSK dekat Palam. Hehehe, ye lah bangunan baru. (UiTM di hatiku hehehe). Sampai tingkat empat, dia cop borang, lepas tu dia suruh tunggu depan bilik 7. Nampak macam ramai jugak lah students tengah tunggu depan bilik masing masing sambil lalu depan bilik lain. Bilik 7 hujunggg jugak lah. Terkejut sebab depan bilik 7 tak ada orang tunggu turn. Sekali lagi, duduk tak sampai 2 minit, ada pembantu dekat situ suruh masuk. I was like, " wait i'm not prepared. ni individual or group interview?", cakap dalam hati jelah. Bukak pintu, tarik nafas, nampak 3 orang interviewer. 2 perempuan, 1 lelaki (chinese). Letak file atas meja (yes, dah prepare masa ni sbb belajar dari kesilapan). Lepas duduk, dia suruh introduce diri. Yang best interview ni kalau dia tanya dalam Bahasa Melayu, kita boleh jawab dalam Bahasa Melayu. Tapi last last, mostly dia speaking lah. Saya pun cerita lah pernah kerja kat farmasi semua. Cerita pasal orang beli ubat batuk 5 botol. Banyak merepek je. Tiba-tiba, seorang interviewer bagi soalan cepumas.

"What is your opinion on GST?"
Tarik nafas. Ni nak jadi kes Mawar Rashid jugak ke. Tapi try jugak lah jawab. Cakap lah GST ni sepatutnya membantu ekonomi negara namun ada pihak yang ambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan suruh pelanggan bayar lebih walaupun diorang tak daftar untuk GST. HAHAHAHA betul ke statement tu? Anggap je lah betul. Dah lah macam tak ada kena mengena dengan opinion. 

Banyak lagi sebenarnya benda dia tanya, tapi dah tak ingat sangat. Alhamdulillah, rasanya interview yang kedua ni better dari yang dentistry tu. Rasanya, I prefer individual interview sebab kita lagi bebas nak bagi opinion semua. Tak payah fikir pasal orang lain. Lepas habis interview, kami pergi ke Semua House dan Sogo. 

Sekarang, kita just tunggu je sampai bulan August. Tawakkal kepada Allah S.W.T. Kalau ada rezeki, Insya Allah, dapatttt. Kalau tak dapat, harap-harap dapat terima lah apa yang dapat tu seadanya. Berdebar jugak kalau fikir pasal degree. Weee, post panjang kali ni. Byeee!


The drama that I'm watching currently; My Boss, My Hero.