Friday, November 13, 2015

Farm Prek?

Hahaha, tengok tajuk macam apa je. Saja nak bagi unik sikit. Sebenarnya nak cakap pasal subjek Pharmacy Practice atau lebih glamour dikenali sebagai Pharm Prac (pronounce: Farm Prek) dalam kalangan students farmasi. Mula mula masuk degree belajar subjek ni macam hairan. Ye lah, senang gila kalau setakat belajar sejarah farmasi, what is pharmacist, what does pharmacist do, kira macam okay lah kan. Hahaha, ternyata itu semua hanya propaganda (?) semata-mata. Intro dia memang senang, start masuk calculation dah mula terkial-kial. Masuk pulak lab, huru hara jadinya. Mana taknya, kena sedia 3 preparation on the spot, dapat prescription dalam lab. 3 jam tu lah nak siapkan calculation, label, indication, method benda semua tu. Dengar macam senang je kan. Bila kita experience sendiri, baru kita tau.

Masa first lab session, kitorang kena buat 2 preparation dulu. Ye lah, sebab first time. Ingatkan sempat lah sebab dua. Tapi malam before lab tu dah macam bocor dah prescription tu so kitorang prepare jugak lah calculation. Tu pun still kelam kabut semua. Paling stress bab label ubat tak lekat kat botol. Dah lah lecturer siap countdown tu. Time tu lah semua nak tampal label semua, tiba tiba label pulak tak lekat.

Rasanya, sebab first lab kitorang hancur sehancur-hancurnya, 2nd lab session diorang dah bagi prescription awal-awal, dengan harapan kitorang boleh prepare before masuk lab. Alhamdulillah. Kurang sikit lah gelabah tu, tapi nak prepare tu pun satu hal. Banyak kitab kena belek. Cehh, over je. Google je senang. 2nd lab kena prepare cod liver oil, calamine lotion dengan potassium citrate kalau tak silap. Nak buat cod liver oil (emulsion) tu macam susah sikit. Tak tau method dia yang sebetul-betulnya. Confuse jugak. Last last masuk je semua bahan, gaul gaul, siap. Kadang rasa macam nak buat kuih pun ada masuk lab pharm prac ni.

Next week ada test woi pharm prac. Test dia buat preparation and ada MCQ jugak kalau tak silap. Test hari rabu. The next lab session will be on Thursday. Dua kali masuk lab and 5 preparations in total. HAHAHAHA sabo je lah.


Cuti mid sem dah nak habis. Rasa nak menangis pun ada. Nak duduk rumah T___T (peluk katil). Dah lah satu habuk pun tak study. Konon bawak balik lecture notes tapi angan angan je lah nak study kalau dah sampai rumah dengan nikmat wifi dan tv yang ada ni. 

Lagi satu, I think it's time for me to develop perasaan cinta/sayang/loving/liking course farmasi ni. I still don't feel that motivated to attend classes and what not. Masa asasi dulu rasa excited jugak lah. Hmm, please pray for me.

That's it for now. Adios amigos.

Saturday, October 3, 2015

Aku Budak Farmasi?

Assalamualaikum, lama gila kot tak update blog. Last update 4 hari sebelum daftar masuk degree. Sekarang ni dah hampir sebulan pun duduk kat sini. Alhamdulillah, everything's fine (i guess) as of now. Rasa macam tak percaya je betul ke dah jadi student pharmacy? Betul ke dah degree? Tu menandakan yang masa berlalu dengan pantas yang amat. To be honest banyak benda jugak nak cerita tapi terlalu banyak hingga rasa macam malas nak menulis.

Perbelanjaan untuk jadi student degree ni memang tinggi lah nak dicomparekan dengan asasi dulu. The books cost at least RM 100 each. So, terpaksalah beli yang photostat and maybe kena tunggu PTPTN lah dulu. Tahun ni JPA tak open application for first year students so tak boleh lah mohon. Insya Allah ada rezeki next sem boleh apply. Oh, last week dapat lah jumpa family sebab Raya Haji. Kitorang balik rumah Opah dekat Taiping. Rasa macam sedih pulak bila fikir pasal family sebab tak tau lah bila boleh jumpa lagi. Cuti mid sem lagi sebulan kot. I don't think I can wait for another month until I can see my parents and my brothers. Cadangnya nak try lah balik Kuantan naik bas sekali, but we'll see how it goes. Banyak sangat program even weekends pun ada. Next week ada PharmaFiesta (10/10) which I'm very looking forward to sebab students from every semester will need to perform. Mestilah best kan.

Sebenarnya tak tau nak tulis apa, just nak pastikan blog ni diupdate dan tidak berhabuk mahupun bersawang. Sorry lah because there's no photos in this post.

Just nak cakap blok Casuarina is not as good as Rafflesia in my very honest and humble opinion (amboih). Wifi slow sangat kalau duduk dalam bilik. This is a huge issue for a professional internet person like me. Kalau nak pakai wifi kena duduk kat ruang tamu. Macam segan sikit lah kalau nak duduk kat meja depan tu. Lagi satu, tak boleh nak skype :( Sedih betul. But I guess there's a hikmah yang part tak boleh skype tu sebab rasanya selalu skype boleh menjadi sebab kita akan menjurus kepada penyakit 'homesick'.

Alhamdulillah, sekarang umi dah ada whatsapp so jimat lah sikit. Daripada dulu kena mesej, tambah dengan GST sekarang ni, boleh pokai jugak lah sebab den ni jenis suka bercerita kat umi. Kalau pakai mesej memang bengkok lah jawabnya. Nasib baik kita hidup di zaman di mana internet is available pretty much semua tempat kot sekarang. Boleh lah umi send send gambar and videos bagi mengubat rasa rindu tu.

I guess that's it for now. Lapar pulak rasa.

Friday, August 28, 2015

D-4 and some random stuff

Assalamualaikum, lama jugak tak update blog. Sedar tak sedar lagi empat hari nak sambung degree. Macam tak percaya. I still remember clearly the last day of SPM 2013 (it was 2 years ago) and now dah nak degree dah. Macam tak percaya je.

Alhamdulillah, dapat tawaran course Pharmacy di UiTM (masih di PALAM). Bersyukur sangat dapat sambung belajar and dapat UiTM Puncak Alam pulak tu, asrama memang tiptop lah. Rasanya sebab dapat PALAM, I don't really feel nervous. Tempat yang kita dah familiar and roommate pun dapat tempat sama, hahaha. Dulu pernah jugak kitorang cakap pasal nak sambung degree dekat PALAM tapi macam main-main je lah masa tu. Betullah orang cakap, kata-kata itu doa (cehhh). Ramai jugak budak class time asasi dapat PALAM.

Tbh, I was kinda expecting not to get UKM walaupun dapat pergi interview. Masa malam before result upu keluar, ramai cakap result untuk UKM boleh dah check pakai SMS. Saja lah try. Lepas tu dia cakap gagal ke apa entah. Masa tu frust jugak sebab ye lah, penat-penat pergi interview semua. Try pujuk diri sendiri time tu, "result betul esok. maybe yang ni salah ni". Esok check, dapat UiTM. Tapi kurang sikit frust tu sebab entah lah, UiTM pun not bad. Belajar mana-mana pun tak kisah sebenarnya, yang penting niat. Kadang kita ni tak bersyukur dengan apa yang kita ada. Sepatutnya saya kena bersyukur sebab ramai lagi orang dalam dunia ni yang struggle untuk mendapatkan proper education and yet i'm still being ungrateful dengan tawaran tu.

Rasa sedih tu still ada jugak lah sikit sebab lepas ni tak boleh duduk rumah, main internet 24/7, tidur lewat, bangun lewat, makan sewenang-wenangnya and the list goes on. Hari ni last day ambik Apih balik sekolah. Hmmm, I will miss the struggle of parking the car properly. Semenjak ambik Apih balik sekolah, my driving skill has improved alot (well, not my parking skill). Confident dah kot kalau orang suruh bawak kereta dekat bandar (kereta auto lah. manual den dah lupo).

4 hari lagi tinggal, tapi barang satu habuk tak pack lagi. Tak beli pun lagi barang-barang because i'm not ready to leave my house.

And one more thing, semenjak nak habis cuti ni pulak baru datang semangat nak tengok Japanese dramas. Banyak jugak kot dramas yang habis dalam cuti ni because selalunya tengok separuh jalan je.

Yang dah habis tengok; who are you (korean), modern farmer (korean), my boss my hero (japanese), nobuta wo produce (japanese), 1 litre of tears (japanese)
4 drama je pun,  tapi boleh lah.

Yang sedang tengok (?): liar game (japanese), atashinchi wo danshi (japanese), zettai kareshi (japanese)
Zetta kareshi dah tengok dulu, saja nak tengok balik. Hana kimi tengah download sebab that is probably one of the best japanese dramas yang pernah tengok kot. Nak tengok balikkkk.
I think I have a thing about Japanese guys (well not all of them, yang berlakon) sebab lakonan diorang macam watak dalam kartun.

"KON!" apa maksud dia pun eden tak tau. I like his character in this drama (Nobuta Wo Produce) bc he was so random and weird (in a cute way tho). Dalam Code Blue punya lah serious, senyum pun tidak.

Akiyama from Liar Game. Look at that hair hahaha, only guys in anime/manga have that kind of hairstyle. But still he somehow pull it off.

Nakatsu from HanaKimi. I think I was 12/13 when I first watched this drama. His character was very the comical you know. If you want to cuci mata and see bunch of cute Japanese guys, watch Hana Kimi.

Okay I guess that's it for now. Adios~






Wednesday, July 15, 2015

Midnight Rant

Assalamualaikum, don't mind me. I'm just bored. Ni tengah download drama untuk Mak Njang. Sebenarnya hari tu dah download lah sampai 12 episode tapi videos tu semua macam ada problem, lagged dan sekat gituww. So, tadi beriya lah search sebab raya ni Mak Njang nak drama tu. Dramanya ialah All About Eve. Tbh, I've never heard of that drama before until Mak Njang bagitau. It was released on the year 2000, iaitu 15 tahun yang lalu. Wow, just wow. So, maknanya orang yang lahir tahun 2000 dah umuq 15 dah. Dah besaq panjang dah eventhough they're not 90's kids.

Ni tengah donlod drama ni. Lamo bonar lah eh. Episod satu pun tak lopeh laie. Mata dah nak terkatup ni. Oh, just nak bagitau, today is the last day of the puasa/Ramadhan lah. So fast mah the masa is berlalu-ing. I've done packing my baju raya for raya. Hopefully I'll be taking loads of pictures for the sake of this blog because I prefer to attach photos in my blogpost tapi selalu tak ambik gambar. Please excuse the mess of my language and sentences because I'm pretty sure I'm half awake at this point. Cepat lah bergerak wahai internet. 19 episod lagi nak download ni. Tak tido lah jawab nye den hari ni.

Kinda excited to celebrate raya in Terengganu this year because Mok Teh pun raya sini. And most of my family members on my mom's side suka bergambar-gembur di Hari Raya which makes Hari Raya lebih happening dan ceria.

That's it lah for now. Adios~

Tuesday, July 7, 2015

RAMADHAN 1436H

Hari ni dah masuk 20 Ramadhan dah, baru terdetik rasanya nak buat post pasal bulan puasa tahun ni. Alhamdulillah, tahun ni masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan dengan ahli keluarga. Tahun lepas, buat pertama kali berpuasa sebagai perantau (amboi macam lah jauh benor) di Puncak Alam. Almaklumlah, sebelum ni tak pernah duduk asrama. Tapi, puasa tahun lepas best because of my housemates. Time berbuka, kitorang berbuka ramai ramai dekat ruang tamu. Masa bulan puasa lah sebenarnya kitorang jadi lebih rapat. Sebelum tu, balik, makan, semua duduk dalam bilik. Jumpa pun dalam tandas. Alhamdulillah, bulan puasa kitorang makan sama-sama, solat terawih sama-sama dekat surau, gilir-gilir beli air. Cakap pasal air, rindu pulak air mango, tembikai dengan honeydew yang Mak Cik tu jual dalam plastik RM 2. Satu plastik tu boleh share 8 orang kot. Aduh, kering tekak kalau sebut pasal air ni. Sabar, lagi berapa minit nak berbuka.

Puasa kali ni, hambek kau, semua berbuka dekat rumah dengan family. Tapi, tahun ni rasanya kitorang banyak berjimat in terms of juadah berbuka. Air pun tak beli sangat air fancy-fancy. Air tebu pun minum sekali je masa dekat rumah Tok. Mostly, air buat sendiri dan simple simple. Asalkan air sejuk yang boleh menghilangkan lapar dan dahaga. Hari ni Umi buat teh O ais. Semalam bandung. *telan air liur*

Untuk lokasi solat terawih, my favourite place is Masjid Padang Besar, located behind ECM. Idk why tapi suasana dia best. Dia dah start guna masjid baru. Before ni surau je. Dulu pun kitorang sembahyang terawih sana. Best lah masjid tu. Air cond sejuk. Imam baca best. Lighting cerah. Kalau gelap senang rasa mengantuk. Lepas tu sejadah semua wangi. Ada moreh lagi tau. Selalunya ada air dengan kuih-muih. Best best! Tapi boleh ke ada favourite place untuk terawih? Hmmphhh. Boleh lah kan, kalau tempat tu lagi bagi kita khusyuk nak solat.

Pasal baju raya, tahun ni tak ada tema. Dengan ekonomi yang tak berapa nak stabil ni, kitorang decide nak pakai apa yang ada je lah. Ada jubah yang baru sekali je pakai, so Insya Allah nanti den pakai jubah tu je. Tahun ni kena jimat sikit ye! Baju tshirt semua tak beli kot. Baju yang ada pun tak terpakai dan elok elok je lagi. Tak salah kalau nak beli baju baru, but make sure kita mampu. Sebagai anak jangan kita paksa mak ayah kita untuk keluar duit sampai ribu-riban beli baju kita sorang kalau ekonomi diorang tak berapa nak stabil. Kalau ada rezeki lebih, dialu-alukan untuk beli. JANGAN SAMPAI MEMBAZIR! Alhamdulillah, adik-adik den semua lelaki dah bosar panjang dan dah faham konsep berjimat-cermat tu. And being lelaki, they don't really mind about wearing baju lama pun.

Anak-anak semua, sila alert ye dengan masalah ekonomi dalam keluarga kita. Jangan main ikut sesedap nafsu dan  perasaan. Kalau ikut nafsu, memang baju semua takkan pernah cukup. Okay itu saja pesanan. Dah macam tak ada kena-mengena je.

Thursday, June 25, 2015

Short Review: My Boss My Hero

Hehehe, saje je rasa nak buat review. Sementara cuti ni nak manfaatkan masa dengan menulis di blog ini sebanyak mungkin. So, as you can tell from the title, I will be doing a review on a japanese drama yang dikenali sebagai My Boss My Hero. Sebab pertama nak tengok cerita ni sebab ada tengok short clips daripada drama ni, time Makio buat muka sebab tak nak jawab soalan dan lagi satu, video berebut pudding dekat kantin. Kelakor serious videos tu.

CANNOT UNSEE!

Drama Jepun selalunya lagi best compared to drama Korea. Tapi, Korean dramas seem to be more appealing because of the extreme HD quality, good looking casts, and the way they film the duhramas (in my opinion). Japanese dramas make more sense to me dan selalunya drama Jepun sarat dengan nilai-nilai murni that we can actually apply in our daily lives. I don't remember the last time I cried sebab tengok drama Korea because most of them are predictable dan cliche (i like Korean dramas too btw), but I actually shed a tear tengok cerita My Boss My Hero. Walaupun sepatutnya cerita ni cerita lawak, dia ada jugak selitkan nilai friendship. Ada satu episode budak kelas Makio nyanyi lagu Happy Birthday kat dia, masa tu den nangis.


Ada satu watak utama, nama dia Sakurakoji. And yes he's a guy. He looks extremely Jambu. Ingatkan dia heroin yang menyamar sebagai lelaki, rupa-rupanya memang lelaki. Ingatkan drama ni akan menjadi another drama yang cliche di mana perempuan menyamar menjadi lelaki. Den menghembuskan nafas lega bila dapat tau ni betul betul lelaki because I wouldn't watch it if mamat ni sebenarnya perempuan menyamar jadi lelaki, lepas tu jatuh cinta blablabla. Alhamdulillah, director dan script writer tak mengambil jalan mudah.

Look at that extreme jambuness. How is dat even possibru? He called the main guy Makky, instead of Makio.

Yang heroin dia pernah tengok dia berlakon, cerita Code Blue, which is another great Japanese Drama. She's cute and she played the role well. 

U-u-u-me-me-mura.

Cerita ni kalau tengok sehari pun habis, hanya 10 episod. 1 episod tak sampe satu jam kok. Saya kasi 4.5 out of 5. This kind of drama is definitely my cup of tea, drama komedi yang ada pengajaran dan nilai-nilai murni. Pelakon-pelakon pun memainkan watak dengan cukup baik sekali. Just fyi, cerita ni keluar tahun 2006, iaitu 9 tahun yang lalu. So, the quality is not very the HD you know. Unlike the Korean dramas, yang tidak mustahil akan ditayangkan secara 3D tak lama lagi. 

You can watch this drama on dramafire.com or dramanice.tv

Okay tu je lah kot. Tak nak tulis panjang panjang, takut ada kasi spoilers nanti. Drama ni is one of my fav dramas lah. Sangat berbaloi untuk ditonton. No kissing scene, at all, which is a great thing, because a good drama doesn't need such thing to make it good. cEIT, betul ke ayat tu. Hahaha. Sekarang ada dua drama Jepun yang tengah tengok; Nobuta wo produce & Ouran High School Host Club. Nanti rajin den buat lah review, Insya Allah, untuk konang-konangan den pada masa akan datang.

Ciao.




Monday, June 15, 2015

Interview Dentistry dan Pharmacy (UiTM dan UKM)

Assalamualaikum, lama benor tak update. Hehehe, minggu lepas pergi holiday Langkawi. Tapi rasanya lepas ni tak nak dah pergi Langkawi. Maybe kalau ada masa Insya Allah akan buat post pasal trip pergi Langkawi tu.
So, dalam bulan May dan June, saya dah menghadiri dua temuduga iaitu bagi kursus pergigian di UiTM dan Farmasi di UKM. Rasanya kalau nak tulis detail detail semua, esok baru habis tulis kot. HAHAHHAHA (ketawa hambar).


First interview; 24/5/2015. UiTM Kampus Kelantan

Okay ni untuk course dentistry, which isn't my first choice. Kitorang tidur di Hotel Harmoni. Tengok dalam internet macam mehhh je hotel tu. Tapi bila sampai bilik, we were impressed. Bilik simple but the most important thing is; BERSIH! Dah lah bilik besaq. Okay enough with the hotel. So, pagi nak interview tu, sarapan pun tak ada selera. Of course lah, it was my first proper interview. I had no idea what to expect. Sampai sampai je, nampak macam ramai jugak lah orang. Daftar, naik atas, duduk dalam bilik menunggu. Rasanya I was in the 3rd/4th group, which was a good thing, sebab kalau boleh nak balik awal. Time menunggu tu, sempat lah berkenalan dengan groupmates. (It was a group interview. 4 orang per group). Budak groupmates semua nampak macam well-prepared which made me feel even nervous. Diorang pulak semua nampak muka educated and confident. And of course, dentistry was their first choice. Confirm diorang study baeekkk punya. 

Lepas tu, kitorang dipanggil untuk masuk ujian bertulis, colour blind test and wire-bending. Ujian bertulis dengan colour blind tu okay lagi. Dah masuk wire bending, terus fikiran tak tentu hala. Bentuk yang kena bentukkan tu (whut) tak ada lah nampak macam susah. Bila nak pakai benda yang untuk bend wire tu, Ya Allah, susahh. Pakai tangan lagi senang. Nasib baik orang yang jaga tu dia macam tolong tolong kitorang jugak lah. Thank you! Bila masa dah tamat, kena lekatkan wire yang kita bend tu dekat kertas. Seterusnya, tiba lah masa yang dinanti-nantikan, the real interview! Tunggu depan bilik interview. Lepas tu, budak yang group before kitorang keluar dengan muka yang berbunga bunga, I wasn't sure nak feeling happy ke jealous ke apa ke. Happy sebab diorang cakap interviewers semua baik. Tapi jealous, because confirm diorang boleh jawab semua. Kalau tak boleh jawab takkan boleh senyum. Oh, salah sorang budak group before kitorang tu memang familiar sebab dia budak PALAM (ramai lagi budak PALAM, in fact 2 of my groupmates pun budak PALAM). Tapi yang budak perempuan tu cantik lah, selalu perasan dia. Dah lah selalu senyum. (Okay kenapa cakap pasal perempuan tu?) Tak lah saja je, sebab nak appreciate kecantikan seseorang. 

Time masuk tu, okay Alhamdulillah lah tak ada lah berdebar sangat. Tapi I made a HUGE mistake sbb tak letak salinan sijil semua benda tu dalam fail. Just, pakai paper clip dan nampak sangat tak organised. Masa letak atas meja, interviewers tu dah macam pelik dah sebab orang lain semua pakai fail. Tak pelah, belajar dari kesilapan ye. Lepas tu kitorang duduk. Dia suruh perkenalkan diri. Interview tu semua pakai bahasa Inggeris. HAHAHA macam MUET pulak rasa. But, I think I didn't do a great job sebab inteviewer tu tak ingat jawapan saya sedang kan jawapan orang lain semua dia ingat. 


Dah lah tu. Tawakkal dan redha je lah. Lawak jugak kalau jadi dentist sebab gigi sendiri pun hmmpphh.

Second interview; 1/6/2015. PPUKM, Cheras

Masa malam sebelum interview tu, memang tengok video kat youtube pasal interview and pharmacy. Rasanya tengok video agak berkesan sebab kurang mengantuk dan kita boleh tengok cara percakapan diorang. Interview tu petang, tapi kitorang keluar dari rumah Pak Tam dalam pukul 2.30 sebab takut jammed dan tak tau jalan. Mak Cik Linda drive kereta Mak Tam. Gebu pun ikut sekali. Mula tu pakai google maps tapi macam tak berkesan. Boleh pulak sesat. Tapi tak ada lah sesat teruk punya. Nak pakai Waze pun tak reti. Alhamdulillah, dengan sedikit bantuan daripada google maps, jumpa lah jugak PPUKM, Cheras. Memang nampak macam gah lah tempat dia. Bangunan yang interview tu baru lagi. Masuk daftar, sign, isi borang, tunggu giliran. Memang nampak quite ramai Chinese and Indians. Maklumlah, sebelum ni interview UiTM, semua bumiputera. Semestinya saingan kat sini lagi sengit. 

Duduk tak sampai 10 minit, dia panggil nama beberapa orang, including me. Dia bawak naik tingkat empat. Naik lift dia, I was quite fascinated. Cantik gila, macam lift hotel. Jauh beza dengan lift FSK dekat Palam. Hehehe, ye lah bangunan baru. (UiTM di hatiku hehehe). Sampai tingkat empat, dia cop borang, lepas tu dia suruh tunggu depan bilik 7. Nampak macam ramai jugak lah students tengah tunggu depan bilik masing masing sambil lalu depan bilik lain. Bilik 7 hujunggg jugak lah. Terkejut sebab depan bilik 7 tak ada orang tunggu turn. Sekali lagi, duduk tak sampai 2 minit, ada pembantu dekat situ suruh masuk. I was like, " wait i'm not prepared. ni individual or group interview?", cakap dalam hati jelah. Bukak pintu, tarik nafas, nampak 3 orang interviewer. 2 perempuan, 1 lelaki (chinese). Letak file atas meja (yes, dah prepare masa ni sbb belajar dari kesilapan). Lepas duduk, dia suruh introduce diri. Yang best interview ni kalau dia tanya dalam Bahasa Melayu, kita boleh jawab dalam Bahasa Melayu. Tapi last last, mostly dia speaking lah. Saya pun cerita lah pernah kerja kat farmasi semua. Cerita pasal orang beli ubat batuk 5 botol. Banyak merepek je. Tiba-tiba, seorang interviewer bagi soalan cepumas.

"What is your opinion on GST?"
Tarik nafas. Ni nak jadi kes Mawar Rashid jugak ke. Tapi try jugak lah jawab. Cakap lah GST ni sepatutnya membantu ekonomi negara namun ada pihak yang ambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan suruh pelanggan bayar lebih walaupun diorang tak daftar untuk GST. HAHAHAHA betul ke statement tu? Anggap je lah betul. Dah lah macam tak ada kena mengena dengan opinion. 

Banyak lagi sebenarnya benda dia tanya, tapi dah tak ingat sangat. Alhamdulillah, rasanya interview yang kedua ni better dari yang dentistry tu. Rasanya, I prefer individual interview sebab kita lagi bebas nak bagi opinion semua. Tak payah fikir pasal orang lain. Lepas habis interview, kami pergi ke Semua House dan Sogo. 

Sekarang, kita just tunggu je sampai bulan August. Tawakkal kepada Allah S.W.T. Kalau ada rezeki, Insya Allah, dapatttt. Kalau tak dapat, harap-harap dapat terima lah apa yang dapat tu seadanya. Berdebar jugak kalau fikir pasal degree. Weee, post panjang kali ni. Byeee!


The drama that I'm watching currently; My Boss, My Hero. 


Tuesday, April 21, 2015

HABIS ASASI!

Alhamdulillah, Asasi UiTM Puncak Alam 2014/2015 dah habis last week (13/4). Last paper was Biology and 3 jam duduk exam tu memang tak sabar nak tunggu habis je. Dah habis tu rasa nak lompat je! Tapi rasa macam tak percaya je asasi dah habis. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru lagi ambik result SPM. Lepas ni belajar mana lah pulak agaknya. I leave it to Him because I know He has the greatest plans. Yang penting dah usaha, sekarang tawakkal dan redha dengan apa yang akan dapat nanti. Bila fikir pasal result yang bakal keluar tak lama lagi (dengar kata 15/5), rasa tak senang duduk. I think I messed up pretty much everything. Risau lah. Tapi harap harap dapat result yang thorbaik! Kalau tak pun, harap harap dapat terima kenyataan dan redha. Amin!

Lepas habis paper Bio, kitorang decide nak pergi jumpa lecturer. We met Madam Baya (Bio), Madam Khadijah (Math), Madam Khaida (ELC). We didn't get the chance to meet semua lecturers because they were busy and stuff. Madam Baya cried while we were talking and hugging her. Eventhough, she didn't know every single one of us, I could feel how much she cares about her students. I definitely look up to the lecturers that either did or did not teach me throughout the foundation programme. Semua bersikap sangat professional dan tak pernah lekang untuk berkongsi ilmu.

With Madam Khadijah. One of the best Math teachers that I've met.

With Madam Baya.

We took pictures with Madam Khaida for the very first time. Thank you Madam!

Lepas dah settle semua, Dayah Yusop, Afiqah and I went to tasik. Too bad Asfa couldn't join us. We took too many pictures. Rasanya semenjak asasi nak dekat dekat habis, kitorang ambik gambar berlebih-lebihan. Maybe because we thought we could keep the pictures so that we can look at them in the future and reminisce about the good ol' days. Ohoho. Tasik tu sangat cantik. Air dia hijau, hijau yang cantik lah tapinya. Ada banyak gila ikan. Menyesal tak bawak makanan. Tapi time kitorang pergi tu matahari betul betul tengah memancar dengan teriknya. Tapi, it didn't stop us from jumping around here and there demi mendapatkan the best shots. The struggle.

Ada banyak lagi gambar, but this one is my favourite despite my derpy looking face. Look at the water, it's very pretty. Harap pihak uitm boleh sedia facility untuk berkayak ke, atau naik swan yang boleh kayuh kayuh tu. That'd be great!

Too many things actually happened within the 4 days before I got back home. I met Dayah, Fiqah and Asfa for the very last time and I actually shed a lil bit of tears. Ye lah, sebelum ni pergi kelas sama sama, duduk dalam lecture hall sama sama, apa apa pun sama sama. I hope we will keep in touch sampai bila bila, Insya Allah.

The next day, I went to KLCC with mah fellow housemates. Perjalanannya sungguh mencabar. Lepas subuh turun, tunggu rapid. Nasib tak tunggu lama. Lepas tu sampai Shah Alam, sekali lagi tunggu rapid nak KL Sentral. Alhamdulillah tunggu sekejap and bas sangat selesa. Siap boleh tidoq lagi. Sampai KL Sentral, naik LRT. Being rusa masuk kampung, we were very paranoid being cramped up in the LRT with hundreds of strangers. Dalam pukul 10, sampailah akhirnya ke KLCC. Tiba tiba dapat tau pulak KLCC tak ada MPH. HAHAHAHA. Nasib baik ada Kinokuniya. Tapi pening Kinokuniya sebab besar sangat and susunan dia tak teratur. Me and my roommate couldn't stand it, so kitorang bayar buku lepas tu tunggu kat luar. Oh, sebelum tu kitorang pergi Petrosains. Semua immatured. Orang lain pergi KLCC, shopping.
Banyak sangat gambar, but this is one of them.


Before I end my post, I just wanna say thank you to everyone that knows me throughout the foundation programme. Terima kasih won't be enough to show my gratefulness. Saya doakan kejayaan anda semua dunia akhirat. Moga kita semua dipertemukan semula oleh-Nya dalam keadaan diredhai dan diberkati. Good luck!



Saturday, February 21, 2015

Balik Kampung (CNY)

It's been awhile since I wrote my last post about being a student in Puncak Alam and look where I am now. Alhamdulillah, I'm already in my 2nd semester. I've decided to start writing/using this blog again because I hope, in the future I can look back at the memories (lolz). Oh, by the way, I'm sitting in my room in UiTM Puncak Alam at the very exact moment I'm wrting this post. Just in case if my future self will wonder.

So, today (SAT; 21/2/15), I just came back from Taiping, rumah Opah. I always enjoy going back to rumah opah because of the long journey. I enjoy being in the car with my family, while having some chit chat. And I miss my family, A LOT! (family oriented lah katakan).

Balik rumah opah, as usual we watch movies during the night time. We watched Big Hero 6, Maleficent, Charlie and the Chocolate Factory sebab dah reti guna torrent, YAY! Tengok Rise of the Guardians sikit before bertolak balik.
Zara being cute but the lighting was very bad.

Arif, Rania, Zara and Udin tengah pegang Zara. 


Rania dengan Zara pun ada time balik cuti tu. Zara is so cute and squishy. Oh and the night before we came back, Mak Njang, Mak Su and Umi made lasagna. And they weren't the normal lasagna. Lasagna ni pakai roti yg roti potong and it was so good!

Look at those cheese!

Siang tu we went to Tesco untuk order cake and baulu. Then, we went to AEON. Makan grilled chicken chop, belanje-ed by opah. Menyesal tak ambik gambar.

Hari Khamis malam Jumaat tu, kitorang solat berjemaah and baca Yaasin sekali dengan tahlil kecil-kecilan. I felt so happy at that moment. Udin jadi Imam. Abah, Pak Ndak, Pak Su, Pak Njang, Arif, Adam, Aidil, Apih, Kimi jadi makmum, including me and Opah. Lepas tu baca Yaasin ramai-ramai. I felt so grateful that Allah still gave me the chance to be with my family, performing our duty as a servant together. (wowwh cheesynya, haha but im not kidding)

Tadi sempat melawat baby baru Pak Cik and Mak Cik Linda. His name is Muhammad Aqil. Sangat comel, kecik. Once again, I left my phone in the car, so didn't get the chance to take photos of him. 

I guess that's all for now. Insya Allah, next week balik Taiping lagi sebab Mak Yang akan dirisik. Hopefully ramai sepupu sepapat dan saudara datang, baru lah meriah.

Harap harap istiqamah lepas ni nak tulis blog. Insya Allah. Just for my own read in the future.


gambar hiasan semata-mata. langsung tiada kaitan. gif is not mine