Friday, November 13, 2015

Farm Prek?

Hahaha, tengok tajuk macam apa je. Saja nak bagi unik sikit. Sebenarnya nak cakap pasal subjek Pharmacy Practice atau lebih glamour dikenali sebagai Pharm Prac (pronounce: Farm Prek) dalam kalangan students farmasi. Mula mula masuk degree belajar subjek ni macam hairan. Ye lah, senang gila kalau setakat belajar sejarah farmasi, what is pharmacist, what does pharmacist do, kira macam okay lah kan. Hahaha, ternyata itu semua hanya propaganda (?) semata-mata. Intro dia memang senang, start masuk calculation dah mula terkial-kial. Masuk pulak lab, huru hara jadinya. Mana taknya, kena sedia 3 preparation on the spot, dapat prescription dalam lab. 3 jam tu lah nak siapkan calculation, label, indication, method benda semua tu. Dengar macam senang je kan. Bila kita experience sendiri, baru kita tau.

Masa first lab session, kitorang kena buat 2 preparation dulu. Ye lah, sebab first time. Ingatkan sempat lah sebab dua. Tapi malam before lab tu dah macam bocor dah prescription tu so kitorang prepare jugak lah calculation. Tu pun still kelam kabut semua. Paling stress bab label ubat tak lekat kat botol. Dah lah lecturer siap countdown tu. Time tu lah semua nak tampal label semua, tiba tiba label pulak tak lekat.

Rasanya, sebab first lab kitorang hancur sehancur-hancurnya, 2nd lab session diorang dah bagi prescription awal-awal, dengan harapan kitorang boleh prepare before masuk lab. Alhamdulillah. Kurang sikit lah gelabah tu, tapi nak prepare tu pun satu hal. Banyak kitab kena belek. Cehh, over je. Google je senang. 2nd lab kena prepare cod liver oil, calamine lotion dengan potassium citrate kalau tak silap. Nak buat cod liver oil (emulsion) tu macam susah sikit. Tak tau method dia yang sebetul-betulnya. Confuse jugak. Last last masuk je semua bahan, gaul gaul, siap. Kadang rasa macam nak buat kuih pun ada masuk lab pharm prac ni.

Next week ada test woi pharm prac. Test dia buat preparation and ada MCQ jugak kalau tak silap. Test hari rabu. The next lab session will be on Thursday. Dua kali masuk lab and 5 preparations in total. HAHAHAHA sabo je lah.


Cuti mid sem dah nak habis. Rasa nak menangis pun ada. Nak duduk rumah T___T (peluk katil). Dah lah satu habuk pun tak study. Konon bawak balik lecture notes tapi angan angan je lah nak study kalau dah sampai rumah dengan nikmat wifi dan tv yang ada ni. 

Lagi satu, I think it's time for me to develop perasaan cinta/sayang/loving/liking course farmasi ni. I still don't feel that motivated to attend classes and what not. Masa asasi dulu rasa excited jugak lah. Hmm, please pray for me.

That's it for now. Adios amigos.