So, dalam bulan May dan June, saya dah menghadiri dua temuduga iaitu bagi kursus pergigian di UiTM dan Farmasi di UKM. Rasanya kalau nak tulis detail detail semua, esok baru habis tulis kot. HAHAHHAHA (ketawa hambar).
First interview; 24/5/2015. UiTM Kampus Kelantan
Okay ni untuk course dentistry, which isn't my first choice. Kitorang tidur di Hotel Harmoni. Tengok dalam internet macam mehhh je hotel tu. Tapi bila sampai bilik, we were impressed. Bilik simple but the most important thing is; BERSIH! Dah lah bilik besaq. Okay enough with the hotel. So, pagi nak interview tu, sarapan pun tak ada selera. Of course lah, it was my first proper interview. I had no idea what to expect. Sampai sampai je, nampak macam ramai jugak lah orang. Daftar, naik atas, duduk dalam bilik menunggu. Rasanya I was in the 3rd/4th group, which was a good thing, sebab kalau boleh nak balik awal. Time menunggu tu, sempat lah berkenalan dengan groupmates. (It was a group interview. 4 orang per group). Budak groupmates semua nampak macam well-prepared which made me feel even nervous. Diorang pulak semua nampak muka educated and confident. And of course, dentistry was their first choice. Confirm diorang study baeekkk punya.
Lepas tu, kitorang dipanggil untuk masuk ujian bertulis, colour blind test and wire-bending. Ujian bertulis dengan colour blind tu okay lagi. Dah masuk wire bending, terus fikiran tak tentu hala. Bentuk yang kena bentukkan tu (whut) tak ada lah nampak macam susah. Bila nak pakai benda yang untuk bend wire tu, Ya Allah, susahh. Pakai tangan lagi senang. Nasib baik orang yang jaga tu dia macam tolong tolong kitorang jugak lah. Thank you! Bila masa dah tamat, kena lekatkan wire yang kita bend tu dekat kertas. Seterusnya, tiba lah masa yang dinanti-nantikan, the real interview! Tunggu depan bilik interview. Lepas tu, budak yang group before kitorang keluar dengan muka yang berbunga bunga, I wasn't sure nak feeling happy ke jealous ke apa ke. Happy sebab diorang cakap interviewers semua baik. Tapi jealous, because confirm diorang boleh jawab semua. Kalau tak boleh jawab takkan boleh senyum. Oh, salah sorang budak group before kitorang tu memang familiar sebab dia budak PALAM (ramai lagi budak PALAM, in fact 2 of my groupmates pun budak PALAM). Tapi yang budak perempuan tu cantik lah, selalu perasan dia. Dah lah selalu senyum. (Okay kenapa cakap pasal perempuan tu?) Tak lah saja je, sebab nak appreciate kecantikan seseorang.
Time masuk tu, okay Alhamdulillah lah tak ada lah berdebar sangat. Tapi I made a HUGE mistake sbb tak letak salinan sijil semua benda tu dalam fail. Just, pakai paper clip dan nampak sangat tak organised. Masa letak atas meja, interviewers tu dah macam pelik dah sebab orang lain semua pakai fail. Tak pelah, belajar dari kesilapan ye. Lepas tu kitorang duduk. Dia suruh perkenalkan diri. Interview tu semua pakai bahasa Inggeris. HAHAHA macam MUET pulak rasa. But, I think I didn't do a great job sebab inteviewer tu tak ingat jawapan saya sedang kan jawapan orang lain semua dia ingat.
Dah lah tu. Tawakkal dan redha je lah. Lawak jugak kalau jadi dentist sebab gigi sendiri pun hmmpphh.
Second interview; 1/6/2015. PPUKM, Cheras
Masa malam sebelum interview tu, memang tengok video kat youtube pasal interview and pharmacy. Rasanya tengok video agak berkesan sebab kurang mengantuk dan kita boleh tengok cara percakapan diorang. Interview tu petang, tapi kitorang keluar dari rumah Pak Tam dalam pukul 2.30 sebab takut jammed dan tak tau jalan. Mak Cik Linda drive kereta Mak Tam. Gebu pun ikut sekali. Mula tu pakai google maps tapi macam tak berkesan. Boleh pulak sesat. Tapi tak ada lah sesat teruk punya. Nak pakai Waze pun tak reti. Alhamdulillah, dengan sedikit bantuan daripada google maps, jumpa lah jugak PPUKM, Cheras. Memang nampak macam gah lah tempat dia. Bangunan yang interview tu baru lagi. Masuk daftar, sign, isi borang, tunggu giliran. Memang nampak quite ramai Chinese and Indians. Maklumlah, sebelum ni interview UiTM, semua bumiputera. Semestinya saingan kat sini lagi sengit.
Duduk tak sampai 10 minit, dia panggil nama beberapa orang, including me. Dia bawak naik tingkat empat. Naik lift dia, I was quite fascinated. Cantik gila, macam lift hotel. Jauh beza dengan lift FSK dekat Palam. Hehehe, ye lah bangunan baru. (UiTM di hatiku hehehe). Sampai tingkat empat, dia cop borang, lepas tu dia suruh tunggu depan bilik 7. Nampak macam ramai jugak lah students tengah tunggu depan bilik masing masing sambil lalu depan bilik lain. Bilik 7 hujunggg jugak lah. Terkejut sebab depan bilik 7 tak ada orang tunggu turn. Sekali lagi, duduk tak sampai 2 minit, ada pembantu dekat situ suruh masuk. I was like, " wait i'm not prepared. ni individual or group interview?", cakap dalam hati jelah. Bukak pintu, tarik nafas, nampak 3 orang interviewer. 2 perempuan, 1 lelaki (chinese). Letak file atas meja (yes, dah prepare masa ni sbb belajar dari kesilapan). Lepas duduk, dia suruh introduce diri. Yang best interview ni kalau dia tanya dalam Bahasa Melayu, kita boleh jawab dalam Bahasa Melayu. Tapi last last, mostly dia speaking lah. Saya pun cerita lah pernah kerja kat farmasi semua. Cerita pasal orang beli ubat batuk 5 botol. Banyak merepek je. Tiba-tiba, seorang interviewer bagi soalan cepumas.
"What is your opinion on GST?"
Tarik nafas. Ni nak jadi kes Mawar Rashid jugak ke. Tapi try jugak lah jawab. Cakap lah GST ni sepatutnya membantu ekonomi negara namun ada pihak yang ambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan suruh pelanggan bayar lebih walaupun diorang tak daftar untuk GST. HAHAHAHA betul ke statement tu? Anggap je lah betul. Dah lah macam tak ada kena mengena dengan opinion.
Banyak lagi sebenarnya benda dia tanya, tapi dah tak ingat sangat. Alhamdulillah, rasanya interview yang kedua ni better dari yang dentistry tu. Rasanya, I prefer individual interview sebab kita lagi bebas nak bagi opinion semua. Tak payah fikir pasal orang lain. Lepas habis interview, kami pergi ke Semua House dan Sogo.
Sekarang, kita just tunggu je sampai bulan August. Tawakkal kepada Allah S.W.T. Kalau ada rezeki, Insya Allah, dapatttt. Kalau tak dapat, harap-harap dapat terima lah apa yang dapat tu seadanya. Berdebar jugak kalau fikir pasal degree. Weee, post panjang kali ni. Byeee!
The drama that I'm watching currently; My Boss, My Hero.

Assalamualaikum saudari... saya ingin minta pendapat saudari.. saya menerima pnggilan temuduga dari unikl rcmp utk diploma farmasi pada 7/4/16 ni.. saya mohon saudari dpt memberikan saya sedikit tips dan contoh soalan2 yg brkemungkinan besar ditanya ketika temuduga nnti... harap saudari dpt menjawab soalan saya dgn kadar segera.. terima kasih
ReplyDelete~nabihah
Allah mintak maaf sangat sebab lambat reply. Saya jarang berblogging sekarang. Saya rasa awak ni mesti dah interview kan? Tapi kalau belum, saya bagi lah soalan yg boleh ditanya untuk interview.
Delete1. "Kenapa nak ambik farmasi?"
2. "Kenapa anda memilih unikl?"
3. "Isu semasa yg ada kena mengena tentang farmasi." Maybe boleh cakap yg pasal isu siapa patut prescribe ubat, sama ada doktor atau ahli farmasi.
4. "Perkara yg berkaitan tentang fakulti farmasi di unikl"
Tu semua based on saya punya experience. Sebenarnya saya pun tak lulus bab bab temuduga ni. Hehe. Kalau untuk tips, just make sure senyum, baca bismillah, susun dokumen dokumen semua dalam file elok elok.
Sekali lagi maaf lambat reply.
Assalamualaikum saudari... saya ingin minta pendapat saudari.. saya menerima pnggilan temuduga dari unikl rcmp utk diploma farmasi pada 7/4/16 ni.. saya mohon saudari dpt memberikan saya sedikit tips dan contoh soalan2 yg brkemungkinan besar ditanya ketika temuduga nnti... harap saudari dpt menjawab soalan saya dgn kadar segera.. terima kasih
ReplyDelete~nabihah
So awak dapat degree mana ?
ReplyDeleteAlhamdulillah, farmasi uitm
DeleteAssalam hi. Boleh share email ? Saya nak tanya
ReplyDeletehidayah.samad96@yahoo.com.my
Deleteassalamualaikum.saya dapat panggilan temuduga di UKM.saya nak bertanya tentang keadaan semasa farmasi di Malaysia?(econimically and job demand in Malaysia) what should i know about pharmacy? and some tips how to tackle the interview?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteakak ujian bertulis tu personality test dengan colour blind test ke??
ReplyDelete